Selasa, 11 November 2008

Fobia

Fobia Kepada Islam: Salah Siapa?

Oleh : Mohammad Hilmy Mahmad

Sistem Islam yang digarapkan di dalam Al Quran dan As Sunah telah menjadi satu panduan yang begitu unggul. Hakikat yang kita ketahui, bahawa dustur inilah yang telah membawa kegemilangan Kerajaan Islam hingga runtuhnya zaman Khalifah Uthmaniyah di Turki. Pelbagai aspek telah dikaji oleh sarjana dan ilmuwan Islam bahkan gerakan cros-mazhabi juga turut serta mengkaji mukjizat Nabi Muhammad S.A.W ini. Namun, secara terperinci, dimanakah keunggulan Islam itu sebenar sehingga begitu ramai takut untuk mendekati agama Allah ini walhal mereka mengakui keagungan agama ini. Bahkan yang beragama Islam juga begitu ‘malu’ untuk mengaku menjadi umat Muhammad S.A.W dengan sikap kita yang tidak mencerminkan akhlak muslim yang sebenar.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya agama yang diterima disisi Allah ialah Islam " surah Al Imran ayat 19. Islam adalah agama yang terbaik dan yang paling sempurna untuk sekalian umat manusia. Ini adalah kerana Islam itu datangnya dari Allah, manakala agama-agama lain semuanya bikinan manusia semata-mata. Kerana itu Islam adalah satu agama yang lengkap dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia. Sedangkan agama lain banyak kurangnya serta banyak bertentangan denan kemahuan fitrah manusia.
"Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu. Dan janganlah kamu menyatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah dan (terjadidengan) kalimat-Nya yang disampaikan melalui Maryam, dan dengan tiupan roh) daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulnya dan janganlah kamu mengatakan " Tuhan itu tiga". Berhentilah (daripada ucapan itu). Itu adalah lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah ialah tuhan yang esa, Maha suci Allah daripada mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Cukuplah Allah menjadi pemelihara." surah An Nisa' ayat 171.
Di sini kita dapat melihat bahawa umat Islam sendiri takut untuk mencerminkan tata cara Islam itu sendiri sedangkan Allah acap kali menerangkan sesungguhnya agama Islam adalah agama yang diredhai olehNya. Kita melihat bagaimana agama Islam itu digemburkan dengan agama pelampau, subjektif serta fundamentalis yang tidak berkesudahan. Sejarah membuktikan bahawa Islam sudah lama bertapak di negara negara yang kini berkiblatkan barat sehingga membentuk satu tamadun yang diiktiraf oleh antarabangsa. Kesan fahaman serta turutan peristiwa penting menjadi sandaran umat Islam dahulu kala di Eropah. Kini, negara negara tersebut telah berjaya dengan hasil mereka mengkaji Ilmu Islam itu sendiri, jadi kenapa mereka takut serta berasa paranoid terhadap Islam.
Selain itu, kita selaku yang mengetahui hal hal agama, patut menjaga sunah Rasulullah SAW dan tidak berasa malu untuk menunjukkan kepada bukan islam praktikal secara islam yang mengikut sunah seperti cara berpakaian, muamalah dan sebagainya. Sebaliknya, ramai di kalangan kita masih meminggirkan sunah Rasulullah SAW ini dengan secara tidak langsung menidakkan usaha kita mempromosikan pegangan sunah serta islam yang sebenar. Oleh itu penggembelengan yang menyeluruh perlu di laksanakan dengan mengajak orang orang islam supaya tidak takut melaksanakan perintah Allah yang sebenar seperti yang menjadi contoh, sami sami buddha tidak segan dan malu untuk memakai cara pemakaian ibadah mereka seperti yang boleh kita sekarang.
Orang orang cina di Malaysia khususnya, menganggap Islam itu adalah ganas, benci pada bukan Islam. Tidak dinafikan ini adalah propaganda sesuatu pihak, akan tetapi kita jangan terlalu memikirkannya hingga mengabaikan tujuan dakwah kita sebenar. Berbalik tadi, kita mengetahui Islam telah diterima oleh orang orang cina sendiri awal dari orang orang melayu. Islam di China contohnya, telah bertapak sejak zaman kegemilangan Islam kemudian orang orang cina inilah yang telah menyampaikan Islam di Melaka. Sejarah negara kita sendiri telah membuktikan orang orang cina antara yang menyebarkan Islam di Melaka serta Tanah Melayu. Jadi, tidak timbul Islam itu adalah melayu dan Islam itu milki melayu semata mata. Di sini tugas kita sebenarnya menyampaikan apa yang di buktikan di dalam sejarah tanah air kita. Jangan kita jadi seperti ‘melepas batuk di tangga’ dengan menerangkan bahawa Islam itu adalah universal dan bukan milik melayu sahaja.
Peribadi seseorang muslim itu juga menjadi satu faktor Islam menjadi satu agama yang sukar di dekati. Melihat contoh, ramai dikalangan kita tidak menunjukkan peribadi yang dituntut oleh Islam, walau pun saya mengakui kita tidak sempurna mana. Tetapi sekadar kita berusaha menunjukkan peribadi Islam itu sudah mencukupi. Bukan sahaja orang bukan Islam itu takut pada Islam, penganut Islam itu sendiri menjadi takut pada agama yang mereka anuti. Ramai dikalangan kita masih teraba raba tujuan sebenar hidup di dunia ini. Umat Islam sendiri telah mengikut agenda barat yang ingin melihat umat Islam di muka bumi ini terpesong. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud "Kamu ditugaskan menyuruh kepada ma'aruf, mencegah yang mungkar,jika bukan ini yang kamu lakukan, Allah akan menyerah kuasa ketangan orang yang jahat diantara kamu untuk menindas dan memerasmu’’.
Di sini dapat kita melihat bahawa kita sebenarnya telah dipesongkan oleh pihak anti-Islam. Tidak hairan lah, Islam menjadi fobia dan bahan ketawa penganut agama lain. Tugas kita sebenarnya mengajar dan mendidik diri kita serta mengajak penganut Islam mengamalkan apa sebenarnya itu Islam khususnya di Malaysia kelak.
Kita beralih di negara negara Eropah. Cara hidup serta amalan yang dilakukan seolah olah mereka itu adalah muslim. Tetapi, seperti yang kita ketahui, mereka mengamalkan apa yang di ajar di dalam Islam, tetapi hati mereka masih dengan kekufuran kepada Allah. Banyak amalan mereka merujuk kepada Islam, dengan tidak dinafikan mereka melakukan amalan amalan yang negatif. Mereka melihat orang orang islam sendiri tidak mengamalkan tuntutan islam sendiri, bagaimana mereka ingin memeluk islam?Islam itu tidak salah dan tidak sempurna, penganutnya yang perlu sedar ini semua. Tidak dinafikan, hidayah dari Allah juga satu faktor ramai yang memeluk Islam. Kita tidak boleh menyerah segalanya kepada Allah. Mengambil contoh, satu kisah di Ramses, Kaherah di mana seorang budak lelaki menjual ayat ayat Al-Quran di dalam bas untuk menyara diri. Peribadi budak ini yang tidak menjual kepada seorang paderi telah menarik minat paderi tesebut. Paderi menyatakan kenapa dan mengapa tidak di jual. Budak itu menangis (oleh kerana didesak oleh paderi) dan mengatakan dia tidak mahu menjual kepada orang bukan islam dan ingin memelihara kesucian ayat tersebut dari jatuh ke tangan kuffar. Akhirnya, setelah dipujuk, budak itu bersetuju menjual ayat itu dengan mulanya menolak harga LE 5. Paderi itu balik ke gereja dan membaca surah Al-Ikhlas dan memeluk Islam selepas itu. Kini beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Kisah ini di nyatakan oleh beliau sendiri di dalam ceramah yang di mana kita boleh mendengar di dalam kasetnya.
Di samping itu, kebanyakan negara negara arab yang kaya masih mengikut telunjuk barat terutama Amerika. Jika kita lihat, ekonomi negara negara yang penduduknya ramai bergama islam masih terikat dengan ekonomi Amerika serta perancangan jahat yahudi. Bukankah di situ dapat kita lihat, orang orang islam sendiri masih tidak percaya kepada tuntutan islam yang sebenar serta masih ragu ragu dan menjadi satu sifat takut kepada islam. Di mana silap kita jika sekatan ekonomi dikenakan ke atas negara negara penduduk islam tetapi pada masa yang sama masih menghulurkan sumber sumber ekonomi kepada regim perosak islam. Kita melihat contoh, Kuwait serta Arab Saudi menghantar minyak mentah ke Amerika untuk di proses kemudian membeli hasil tersebut. Secara ekonominya, Amerika berjaya mengawal kegiatan negara negara tersebut. Kemelesetan akan wujud di kalangan negara negara arab jika mereka menentang usaha Amerika dalam melenyapkan umat islam. Melihat kepada Kesatuan Eropah, negara negara arab atau islam boleh bersatu dalam menyekat sumber sumber ekonomi dunia jika mereka percaya dan mengamalkan islam yang sebenar. Sebenarnya kuasa ada di tangan kita, tetapi pemimpin islam masih malu dan segan menggunakan kuasa yang ada untuk membantu umat islam yang lain, sebaliknya mengikut sahaja kata kata kuffar. Bukti yang kita nampak sekarang, apabila Israel menyerang Palestin, Mesir dengan lantang mengkritik dan mengugut akan menyerang Israel. Pada masa yang sama, Amerika serta kuncunya berjaya melemahkan ekonomi Mesir dengan kejatuhan matawang yang begitu drastik.
Secara kesimpulan, usahlah kita malu dan ragu, serta takut untuk mengamalkan ajaran islam sebenar. Sebelum akhirnya, seorang orientalis, Bernad show, pernah menyatakan “sesungguhnya Islam merupakan agama yang berhak dimuliakan dan ditinggikan. Sesungguhnya ia merupakan agama yang perlu diamalkan di seluruh tempat dan kekal untuk selamanya, sesunguhnya aku lihat ramai di kalangan kaumku yang terdiri dari ulama’-ulama’ yang menganuti agama ini setelah mendapat keterangan darinya. Masa akan datang agama ini akan terdapat bidang yang luas pada setiap sudut di Eropah. Sesungguhnya aku telah mempelajari sirah Nabi Muhammad, aku dapati ia telalu jauh dengan … al masih. Kita mungkin boleh mengiktibarkan bahawa nabi Muhammad penyelamat kepada manusia seluruhnya. Kita percaya sekiranya ada seorang lelaki seperti baginda yang mentadbir alam ini maka selamat dan sejahteralah alam ini. Semenjak dari mula lagi bahawa Islam ini merupakan agama untuk semua jenis makhluk”. Wallah Taala A’lam.

0 komentar:

Template by:
Free Blog Templates