Selasa, 11 November 2008

Ghaib

MEMPERCAYAI PERKARA GHAIB
Oleh : Mohammad Hilmy Mahmad

ORANG bukan Islam mesti cari jalan untuk memesongkan akidah umat Islam. Kebanyakan daripada mereka terdiri dari golongan freemansory, kristianisasi atau individu yang terlibat dalam pertubuhan. Lebih menyakitkan hati, orang Islam sendiri turut membantu menyebarkan dakyah menghancurkan identiti Islam. Yang menjadi masalah, golongan ini cuba menimbulkan keraguan pada umat Islam apa yang telah diperintahkan, diajarkan dan kewajipan terhadap agama Islam.

Baik dalam soal syurga, neraka, pahala dan dosa juga kewujudan malaikat yang secara zahir tidak masuk akal untuk dipercayai cuba diragukan oleh puak-puak anti-Islam. Tetapi selaku umat Islam kita wajib mempercayai setelah mana kita meyakini menjadi umat Muhamad SAW. Sebab itu Allah dalam firmanNya melarang keras orang Islam memaksa bukan Islam memeluk Islam. Sehingga jika ada orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam, perlu kuat dan meyakini sepenuh hati sebelum memeluk Islam. Jika sekadar tahu sedikit, sekadar seronok memeluk Islam, maka kita tidak mengetahui sebenarnya Islam. Rasul SAW ketika awal wahyu diajar dengan kekuatan akidah dan ruh Islam bersama sahabat baginda sebelum diajar syariat dan tanggungjawab yang dipundakkan ke atas seluruh yang bergelar muslim.

Amat malang sekiranya ada antara kita khasnya melayu terutama, masih bertanya
apa, kenapa, sebab apa, apa hikmat begini dan begitu dalam setiap perlakuan dan ibadah dalam Islam. Jangan kita menjadi golongan yang suka bertanya seperti golongan Bani Israel yang kita boleh lihat dalam banyak ayat Al Quran. Sahabat Rasul SAW ketika menerima taklifan, amanah dan ibadah tidak banyak soal dan penuh tanggungjawab terus mengerjakannya kerana percaya ia adalah suruhan dari Allah. Inikan kita pula masih mempersoalkan dan bertanya kenapa 2 rakaat tidak satu sahaja. Membahaskan lagi berapa jumlah rakaat dan jumlah solat yang sebenar dalam Islam. Perkara yang sudah diketahui sepatutnya tidak kita bahaskan dan ini seolah olah meletakkan Islam pada perkara yang kecil bukan globalisasi.

Sebenarnya kita meletakkan diri kita lebih teruk dari golongan bukan Islam kerana
masih lagi mempertikaikan syariat, perintah dan tanggungjawab dari Allah. Bertanyakan apa hikmat perkara ini, apa kelebihan dan kenapa tidak boleh ini dan
itu. Jika tidak dapat memenuhi selera kita, maka kita hendak lari dari mengerjakannya. Sebab itu Allah dalam firmanNya yang bermaksud
" Al Quran ini tiada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, iaitu
mereka yang beriman kepada perkara ghaib yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka" (Al Baqarah ayat 2-3).

Allah meletakkan orang yang beriman dengan perkara ghaib mendahului solat menunjukkan kepada kita kepentingan mempercayai dan yakin pada setiap kejadian dan kewajipan yang diberikan. Dengan kepercayaan diikuti menunaikan solat dan bersedekah, maka kita terdiri dari golongan yang bertaqwa seperti yang Allah janjikan. Orang yang belajar Islam dari mula dan memeluk Islam selepas belajar kadangkala lebih baik dari orang Islam 'keturunan'. Kefahaman, kesungguhan dan kewajipan mereka laksanakan dengan sempurna dan penuh keyakinan. Kita yang sudah lama memeluk Islam pula yang ragu-ragu dan suka melanggar perintah Allah. Lebih teruk lagi, kalangan kita yang menentang Islam dan menyatakan apa yang Islam bawa ketinggalan zaman, jumud dan terkebelakang. Kitalah sebenarnya yang jumud dan bongkak kepada Allah. Siapalah kita disisi Rasul SAW apatah lagi disisi Allah. Tidak malukan kita dengan sahabat serta mereka yang bermatian berjuang menegakkan Islam dengan kita yang hanya ada secubit kuasa di dunia ini?

0 komentar:

Template by:
Free Blog Templates