Selasa, 11 November 2008

Asyuraa

HARI ASYURAA

Asyuraa diambil dari perkataan asyara yang bermaksud sepuluh iaitu hari kesepuluh Muharam. Ada juga pendapat yang mengatakan hari kesembilan Muharam. Pendapat yang sahih, asyura hari yang ke sepuluh, tasu'aa hari yang kesembilan dan ihtiyad hari kesebelas Muharam.

Awal kedatangan Islam, puasa asyura dianggap sebagai hari yang sangat penting dan istimewa sehingga turun wahyu yang memerintahkan wajib puasa bulan Ramadhan.

Dalil Puasa Asyuraa:

Hadis Rasul SAW yang bermaksud : Berpuasa pada hari asyuraa aku berharap akan menghapuskan dosa pada tahun yang lepas.

Hadis RAsul SAW yang diriwayatkan oleh Aisyah : Orang Quraish berpuasa pada hari asyuraa di zaman jahiliyah, Rasul SAW juga berpuasa di mekah sebelum hijrah.

Hadis Rasul SAW yang bermaksud : Ketika nabi berhijrah ke Madinah ia mendapati kaum Yahudi puasa pada hari asyuraa, maka baginda bertanya mereka tentang puasa tersebut.

Jawab mereka: Hari ini Allah telah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa kerana mengagungkan hari ini. Maka sabda SAW : Kami lebih layak mengikut jejak Musa dari kamu. Maka Rasul SAW menyuruh sahabat berpuasa.

Perbahasan Ringkas :

Rasulullah ketika di Mekah menyuruh sahabat Rasul SAW berpuasa asyuraa sebelum berhijrah ke Madinah. Selepas berhijrah dan turun ayat memerintahkan puasa Ramadhan, maka Rasul SAW tidak mewajibkan dan terserah kepada sahabat sama ada melakukan puasa atau tidak pada hari Asyuraa.

Hadis Rasul SAW yang bermaksud: Daripada Aisyah RA berkata adalah hari asyuraa itu satu hari dimana Quraish berpuasa dan nabi SAW berpuasa sebelum hijrah. Ketika baginda berhijrah ke Madinah dan turunnya ayat mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan, baginda meninggalkan puasa lain kerana khuatir akan dianggap sebagai wajib (asyuraa). Sesiapa yang berkehendaki puasa, maka puasalah juga sebaliknya.

Rasul SAW juga apabila sampai di Madinah melihat yahudi berpuasa pada hari asyuraa. Berdasarkan pada dalil hadis :Hadis Rasul SAW yang bermaksud : Ketika nabi berhijrah ke Madinah ia mendapati kaum Yahudi puasa pada hari asyuraa, maka baginda bertanya mereka tentang puasa tersebut.

Jawab mereka: Hari ini Allah telah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa kerana mengagungkan hari ini. Maka sabda SAW : Kami lebih layak mengikut jejak Musa dari kamu. Maka Rasul SAW menyuruh sahabat berpuasa.

Ulama bersepakat mengatakan bahawa puasa Asyuraa adalah puasa sunat berdasarkan dalil di atas tadi. Ia merupakan satu tuntutan (muakad).

Rasul SAW juga diakhir hayat ingin melaksanakan puasa sunat Asyuraa dan akan menambah satu hari lain supaya berbeza dengan yahudi.

Hadis Rasul SAW yang bermaksud : Sekiranya aku hidup sehingga tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan serta kesepuluh Muharam.

Kesimpulannya, hari asyuraa disunatkan kepada kita berpuasa kerana mengikut perbuatan Rasul SAW. Juga pada hari kesembilan disunatkan berpuasa supaya berbeza dengan kaum yahudi.


Meraikan Asyuraa :

1. Banyakkan solat sunat disamping solat fardhu.
2. Hubung silaturrahim
3. Banyak sedekah
4. Bersih diri dari kekotoran
5. Menziarahi ulama'
6. Meraikan anak yatim
7. Memotong kuku
8. Membaca surah al ikhlas

Bubur Asyuraa?

Pada kisah Nabi Nuh AS berlabuh di atas kapal setelah Allah menurunkan bala ke atas kaumnya, Nabi Nuh AS menyuruh yang ikut dalam bahtera memasak bijian. Maka, muslimin pada hari ini mengikut mengadakan masakan yang dikenali sebagai bubur asyuraa.

Syeikh Ibnu Hajar Al Asqolani bersyair :

Pada Hari Asyuraa tujuh dimakan Gandum dan beras kemudian kacang kuda dan kacang adas

Dan kacang himmash (putih) dan kacang Lubia (sejenis kacang panjang) dan ful Dan ini kalam yang sahih dan manqul (yang diambil dari kalam ulama')

Dan tidak salah memasak bubur asyuraa sempena memperingati peristiwa Nabi Nuh AS yang termasuk dalam perkara As sya'ru Man Qablana iaitu yang berlaku pada zaman atau umat terdahulu untuk dijadikan iktibar. Maka bubur asyuraa boleh kita amalkan dan bukanlan bidaah. Tetapi dengan tujuan mengingati peristiwa tersebut dan juga memberi fakir miskin tanpa mengikut hawa nafsu dalam menyiapkan serta tidak bercanggah dengan syarak seperti abaikan solat semata-mata memasak bubu

0 komentar:

Template by:
Free Blog Templates